KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kawasan pengundian di bahagian Parlimen Padang Serai, Kedah esok mengalami cuaca cerah pada pagi manakala di sebelah petang akan berlaku ribut petir atau hujan.
Di bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang pula, cuaca diramalkan hujan pada sebelah pagi manakala di sebelah petang dijangkakan cuaca dalam keadaan baik.
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata para pengundi dinasihatkan sentiasa peka kepada keadaan sekeliling khususnya cuaca.
"Rancang perjalanan ke tempat mengundi dengan sebaiknya dengan merujuk kepada maklumat cuaca serta ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia di pelbagai medium penyebaran rasmi jabatan.
"Keluarlah untuk mengundi dengan lebih awal sekiranya cuaca dijangka baik pada awal pagi. Jangan bertangguh kerana cuaca di kawasan tropika boleh berubah dengan pantas iaitu ribut petir berserta hujan lebat boleh terbentuk dan berlaku dalam jangka masa yang singkat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Muhammad Helmi turut memaklumkan supaya orang ramai mengelakkan diri berada di tempat lapang seperti padang dan berlindung segera di struktur kukuh (bangunan).
"Selain itu, elakkan guna telefon atau kelengkapan elektrik, jauhi rod pengalir elektrik seperti tiang elektrik dan tangga besi serta struktur tinggi seperti pokok atau yang tidak kukuh," katanya.
Esok adalah hari mengundi di kawasan Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan proses pengundian dijadual tamat pada 6 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata para pengundi dinasihatkan sentiasa peka kepada keadaan sekeliling khususnya cuaca. - Bernama
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Padang Serai diramal cerah, Tioman hujan pagi esok - MetMalaysia
Di DUN Tioman, Pahang, cuaca diramalkan hujan pada sebelah pagi manakala di sebelah petang dijangkakan cuaca dalam keadaan baik.
Hujan berterusan tahap waspada di 10 kawasan di Sarawak mulai Selasa
Kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).
Status gelombang haba: Enam kawasan berada pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Enam kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) bagi perkembangan status gelombang haba dalam negara.
Hujan lebat diramal di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak, Labuan
Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri Sarawak dan Sabah.
Amaran cuaca buruk dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga Selasa
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri, sehingga Selasa (12 Jan).
Cuaca kering dijangka kembali
Walaupun kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak ada menerima hujan, namun keadaan lembap itu adalah sementara sahaja.
Jimat penggunaan air semasa tempoh cuaca panas dan kering
Jumlah paras air di empangan tertentu agak kurang berbanding biasa kerana negara sedang berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut.
Amaran cuaca waspada peringkat kuning di empat negeri
Waspada dengan trend hujan berterusan dan limpahan air laut.
Amaran cuaca buruk di Pahang, Kelantan dan Terengganu
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu dilanda banjir.
Amaran cuaca peringkat waspada di pantai timur bermula hari ini
Ketua Pengarahnya Jailan Simon berkata kawasan yang terlibat di Pahang ialah Daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.